About us

PEMBEKAL GREASE TRAP (JENAMA: REKABINA RAN / MODEL: RAZAK ONE) YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)

Syarikat kami adalah pengedar dan penjual Grease Trap yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Pengiktirafan Grease Trap tersebut diperolehi berikutan  kemampuan produk kami yang berjaya melepasi ujian  produk yang dilaksanakan oleh Environmental Technology Research Centre, SIRIM Berhad berdasarkan kepada standard BS EN 1825-1:2004 (Grease Separator – Part 1: Priciples of design, performance and testing, marking and quality control) yang ditetapkan oleh SPAN di dalam Guidelines for Listing and Registration of Products and Suppliers (Revision 11).

Semakan di dalam sistem pembekal SPAN (sehingga 26 Januari 2020) mendapati syarikat kami yang merupakan  pembekal Grease Trap jenama REKABINA RAN (Model: RAZAK ONE) merupakan satu-satunya pembekal yang telah didaftarkan dengan SPAN untuk membekalkan produk grease trap ke seluruh negara.

Penggunaan produk yang telah didaftarkan dengan SPAN dapat mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655) 2006 – Seksyen 129 yang dikuatkuasakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).